Rekabentuk:
* Rekabentuk Rumah Setingkat dengan tanah yang memanjang 45 x 90 kaki.
* 2 Pilihan Pelan - iaitu Pelan pertama dicadangkan mempunyai elemen air/lanskap diantara ruang makan bagi mewujudkan 'mood' - santai'/ resort'. Pelan kedua ruang lanskap dijadikan sebahagian ruang dining ' dan living' bertujuan untuk mewujudkan ruang yang maksima.
* 2 Tempat letak kenderaan dicadangkan.
* Akses - daripada bahagian tepi untuk memberi ruang lanskap sebagai 'buffer' bagi kebisingan dan habuk daripada jalanraya (atau dianjakkan untuk lebih privacy')
* Ruang lantai ditinggikan 450 mm dari aras tanah.
* Pembinaan yang mudah - menggunakan grid - 10' kaki diantara satu sama lain.
* "Zoning' - zon yang teratur diantara ruang tetamu dan ruang bilik.
Ketinggian : 1 tingkat
Saiz Lot : 45' x 90 kaki.
Jumlah Bilik : 3 Bilik
Kos Pembinaan : dicadangkan RM80 - RM120 kaki persegi termasuk kesemua bahan binaan & upah serta termasuk binaan kolam kecil lanskap.
Keluasan Rumah: 1440 kaki persegi
Ukuran Lukisan : dilukis dalam milimeter ( mm) dan kaki ( ft')